Saturday, March 10, 2007

Permohonan Online Keahlian AIC Malaysia








Nama:

No KP:

Umur:

Jantina: Lelaki Perempuan

Alamat Surat Menyurat:

Alamat Emel:

Anda mempunyai akaun berikut? Myspace Friendster Tiada

Anda Mempunyai Blog? Ada Tiada

Jika Ada,Nyatakan URL Blog Anda:

Penyertaan Dalam Mana-Mana Pertubuhan:
Parti Politik
NGO
Kesatuan Sekerja
Pertubuhan Pelajar
Tiada

Kepakaran Yang Boleh Disumbangkan Kepada AIC Malaysia:







Free email forms

Salam Pemula


Assalamualaikum WBT..

Anwar Ibrahim Club, pastinya sesuatu yang agak pelik bagi pendukung perjuangan reformasi dan pasti rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Apakah Anwar Ibrahim sudah berstatus selebriti seperti Mawi ataupun mana-mana bintang yang lain sehingga memerlukan sebuah kelab yag didedikasikan khas buat beliau? Atau apakah Anwar Ibrahim sudah diibaratkan sebagai sebuah produk yang bakal diperdagangkan di khalayak?

Jawapannya ya dan tidak. Ya kerana idealisme yang di bawa oleh Anwar Ibrahim adalah merupakan satu 'produk' yang perlu diperdagangkan di dalam pasaran demokrasi yang kian hilang integritinya. Pun begitu tidak sama sekali Anwar Ibrahim ini berdiri sebagai seorang selebriti,meskipun berdiri saja susuk tubuhnya di mana pelusuk dunia ini pasti mengamit perhatian ramai..

Anwar Ibrahim, nama yang harus diakui mempunyai karisma dan kredibiliti kepimpinan yang jauh melangkaui Malaysia. Kepemimpinannya diiktiraf dunia, karismanya dikagumi ramai. pastinya beliau bukan selebriti, tapi yang pastinya beliau kekal menjadi pemimpin masa depan Malaysia. Di saat rakyat Malaysia berhadapan dengan keadaan di mana kekalutan melanda tanpa di duga; kemelut politik, ekonomi dan sosial kian membarah; maka Anwar Ibrahim adalah 'produk' yang diyakini boleh membawa penyelesaian kepada senario ini. Bukan taksub, bukan terlalu mengagungkan Anwar Ibrahim..tetapi dengan kredibiliti yang beliau punyai, InsyaAllah kita yakini Malaysia Baru bakal direalisasi demi kemaslahatan generasi masa depan...

Anwar Ibrahim Club (AIC) adalah merupakan satu gerakan mobilisasi rakyat seantero Malaysia untuk menyatakan sokongan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai pemimpin Malaysia dan dunia. AIC bukan gerakan partisan, jauh sekali berhubungkait dengan mana-mana pimpinan politik. AIC adalah gerakan melangkaui sempadan partisan, bangsa dan agama. Malahan, jangan sesekali anda lampiaskan rasa terkejut andai kedengaran ada AIC United Kingdom, AIC Jepun, hatta AIC Amerika Syarikat sekalipun!

Bersama kita mobilisasikan kesatuan rakyat ke arah menobatkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Malaysia Baru!