
Assalamualaikum WBT..
Anwar Ibrahim Club, pastinya sesuatu yang agak pelik bagi pendukung perjuangan reformasi dan pasti rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Apakah Anwar Ibrahim sudah berstatus selebriti seperti Mawi ataupun mana-mana bintang yang lain sehingga memerlukan sebuah kelab yag didedikasikan khas buat beliau? Atau apakah Anwar Ibrahim sudah diibaratkan sebagai sebuah produk yang bakal diperdagangkan di khalayak?
Jawapannya ya dan tidak. Ya kerana idealisme yang di bawa oleh Anwar Ibrahim adalah merupakan satu 'produk' yang perlu diperdagangkan di dalam pasaran demokrasi yang kian hilang integritinya. Pun begitu tidak sama sekali Anwar Ibrahim ini berdiri sebagai seorang selebriti,meskipun berdiri saja susuk tubuhnya di mana pelusuk dunia ini pasti mengamit perhatian ramai..

Anwar Ibrahim Club (AIC) adalah merupakan satu gerakan mobilisasi rakyat seantero Malaysia untuk menyatakan sokongan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai pemimpin Malaysia dan dunia. AIC bukan gerakan partisan, jauh sekali berhubungkait dengan mana-mana pimpinan politik. AIC adalah gerakan melangkaui sempadan partisan, bangsa dan agama. Malahan, jangan sesekali anda lampiaskan rasa terkejut andai kedengaran ada AIC United Kingdom, AIC Jepun, hatta AIC Amerika Syarikat sekalipun!
Bersama kita mobilisasikan kesatuan rakyat ke arah menobatkan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Malaysia Baru!
1 comment:
kenapa ya begitu kecil gambar yang dimuatkan sehingga tampak jelek?
Saya faham keperluan untuk mengimbangkan antara paparan yang cantik dengan kepentingan untuk memastikan paparan yang pantas.
Tetapi janganlah sampai jelek tampak gambar itu. Bisa nggak?
Post a Comment